Dalam kehidupan seharian tanpa disedari anda sentiasa terdedah kepada pelbagai
risiko serta kemungkinan ditimpa musibah seperti sakit, kemalangan, kerosakan
kereta dan kematian. Apabila menghadapi situasi sedemikian tiada lain yang dapat
mengurangkan bebanan kewangan terutama kos perubatan, kos membaiki
kenderaan dan segala macam perbelanjaan melainkan anda telah ‘menyediakan
payung sebelum hujan’ iaitu simpanan atau pelan kecemasan.
Bayangkan situasi ini. Kereta tiba-tiba rosak dan perlu dibaiki, anak pula jatuh sakit
dan dimasukkan ke hospital. Semuanya memerlukan wang dan biaya yang bukan
sedikit. Mujur ada sedikit wang simpanan di bank, dapat juga digunakan untuk
menyelesaikan segala pembayaran dan masalah kewangan yang ditanggung.
Persoalannya adakah ia mencukupi? Apa akan terjadi sekiranya anda ditimpa
penyakit kritikal dan rawatan susulan diperlukan sedangkan wang simpanan semakin
susut. Buntu memikirkan kos perubatan yang tinggi sedangkan wang yang ada tidak
mencukupi. Ketika ini anda mula terfikir untuk memohon bantuan daripada pelbagai
pihak seperti Pusat Zakat dan sebagainya, namun prosesnya memakan masa dan
perlu mengikut prosedur tertentu.
Wang anda di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dikeluarkan
untuk penyaraan rawatan penyakit, tetapi itu akan mengurangkan pula simpanan hari
tua anda nanti. Begitu juga dengan keperluan untuk menampung kos pendidikan
untuk melanjutkan pembelajaran anak-anak ke peringkat yang lebih tinggi, tidak kira
sama ada di dalam atau luar negara, semuanya memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
Sudah pasti perancangan kewangan yang betul perlu dilakukan dengan lebih awal untuk
menampung segala keperluan perbelanjaan ini. Pernahkah anda dengar tentang Takaful?
Apakah yang dimaksudkan dengan perlindungan takaful? Takaful merupakan
pemuafakatan sekumpulan individu untuk saling menjamin dan membantu antara satu
sama lain bagi memenuhi keperluan tertentu yang dipersetujui dari kalangan mereka
seperti pampasan bagi sesuatu musibah yang menimpa serta keperluan kewangan lain.
Permuafakatan ini melibatkan sumbangan wang caruman berasaskan konsep Tabarru’
(pemberian secara sukarela) oleh kesemua peserta takaful.
Keperluan dan kepentingan mempunyai perlindungan takaful tidak dapat disangkal lagi.
Takaful penting untuk menyara mereka yang akan kita tinggalkan agar tidak
meminta-minta apabila ketiadaan kita kelak. Dengan adanya takaful, anda dapat
menampung keperluan masa hadapan, misalnya perbelanjaan untuk menyara keluarga,
perbelanjaan perubatan serta pendidikan anak-anak.
Ramai yang tidak menyedari bahawa Takaful turut mampu menyelesaikan masalah hutang
setelah berlaku kematian. Keluarga akan dapat menggunakan manfaat takaful bagi
menyelesaikan masalah hutang yang ditinggalkan melalui jumlah perlindungan. Kehidupan
insan tersayang tentunya akan lebih terbela apabila mereka tidak lagi menanggung
masalah kewangan selepas ketiadaan kita kelak.
Persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan menjejaskan kehidupan
dapat membantu anda menguruskan kewangan dengan lebih baik. Dengan peningkatan
kos sara hidup, amatlah penting untuk memiliki pelan perlindungan yang komprehensif
dan menawarkan pelbagai manfaat seperti pelan perlindungan Takaful.
copy and paste from
https://www.greateasterntakaful.com/content/dam/great-eastern/takaful/bm/homepage/takaful-solutions/takaful-you-and-me/2018/takaful-you-and-me-bm-2018.pdf
No comments:
Post a Comment